• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Thursday, January 27, 2011

PRK Tenang : Isu 'jabat tangan' makan diri ?

Posted by Abu Huzaifah On 8:00 AM No comments

 Calon-calon yang bertanding dalam PRK Tenang 2011

Pemimpin dan jentera PRK MCA di Tenang meningkatkan serangan terhadap PAS berhubung isu negara Islam dan keengganan calonnya, Normala Sudirman bersalam dengan orang lelaki. Persoalannya ialah sama ada strategi itu akan berjaya mengalih sokongan 5,766 pengundi Cina kepada BN.Tinjauan Malaysiakini di kalangan pengundi Cina di kawasan pilihanraya Tenang menunjukkan bahawa dua isu tersebut memberi kesan minimum terhadap mereka.Sebaliknya, apa yang lebih penting pada mereka ialah prestasi kedua-dua calon berkenaan.

Mereka yang ditemui wartawan  menegaskan bahawa undi untuk PAS tidak bermakna menyokong parti Islam itu, mahupun menyokong agendanya mengenai negara Islam.Mereka juga berkata, mereka telah diabaikan oleh bekas ADUN terdahulu, Datuk Sulaiman Taha.

Tinjauan itu dijalankan beberapa hari lalu  di bandar Labis Tengah dan Tenang Station - yang merupakan dua daripada lima kawasan majoriti pengundi Cina di Tenang - mendapati hampir semua yang ditemui berpendapat MCA tidak seharusnya memainkan isu berjabat tangan itu kerana ia melibatkan agama calon.

Ditanyakan mengenai rancangan PAS untuk mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam, sesetengah daripada mereka mengakui merasa takut ketika isu itu pertama kali dibangkitkan dalam pilihan raya umum 1999 tetapi selepas bertahun berlalu, kini perasaan itu tidak seperti dahulu lagi.

mahathir responses to suaram report 02Sebahagiannya menceritakan mengenai pengumuman mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 21 September 2001 mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam, yang menurut mereka, tidak membawa banyak perubahan terhadap negara ini.

Yang lainnya pula berpendapat jika dan bila benar-benar diisytiharkan sebagai 'negara Islam', mereka tidak ada masalah selagi ia tidak menjejaskan sistem pendidikan Cina, hak untuk makan, alkohol dan berjudi, dan selagi kerajaan terus melayan masyarakat Cina dengan baik.

Isu negara Islam yang dimainkan oleh MCA mungkin boleh menarik sokongan pengundi yang berumur tetapi generasi muda pula mempunyai pandangan yang berbeza.
Tinjauan itu juga memberi gambaran mengenai sikap sebahagian pengundi di situ.

"Pengundi di Tenang selama ini menyokong MCA di peringkat parlimen (kerusi Labis), tetapi menyokong pembangkang di peringkat DUN (Bekok dan Tenang), bagi mewujudkan semak dan imbang," kata salah seorang pengundi yang ditemui.

NONE
Sementara itu dalam mengulas isu 'berjabat tangan' , penganalisis politik Dr.Abu Hassan Hasbullah berkata serangan Dato' Seri  Dr.Chua Soi Lek menggambarkan gagalnya politik dalam negara ini berada pada tahap yang lebih intelektual. "Kenyataan beliau itu bukan shj menunjukkan beliau tidak memahami sensitiviti agama lain, tetapi juga bertindak ' politik melukakan masyarakat' dalam usaha menarik pengundi."

Selain itu, pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melalui presidennya juga berkata perkara tersebut tidak perlu dipolitikkan dalam kempen pilihanraya. Bahkan tindakan Pn.Normala Sudirman tidak bersalam dengan lelaki bukan mahram adalah satu mesej  yang baik kerana Islam melarang bersentuhan antara lelaki dan wanita kecuali  mahramnya.

0 comments: