• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Saturday, December 25, 2010

Forum Hijrah Al-Rasul mempertemukan tiga sahabat

Posted by Abu Huzaifah On 9:49 PM No comments

Hari jumaat 17 Dis 2010, Abu Huzaifah berpeluang bertemu sahabat seperjuangan Ust Bukhari ( ketika di Miri dahulu) dalam sebuah forum bersama seorang lagi panelis Ust Noriman Pauzi. Forum tersebut membariskan Abu Huzaifah dan Ust Bukhari yang sudah hampir dua tahun tidak bersua. Alhamdulillah dengan izin Allah, sebelum bermula forum tersebut ia  menjadi medan bagi  kami bertiga  bertanya khabar tentang diri dan keluarga masing-masing. Hujung tahun 2007, Abu Huzaifah meneruskan pemusafiran hamba ke NSDK, manakala Ust Bukhari kekal di Miri. Setahun kemudian beliau juga meninggalkan bumi Kenyalang untuk berkhidmat ditempat baru di SMKA Nibong Tebal di Pulau Mutiara. Forum pada malam itu juga menjadi lokasi kepada Ust Noriman bertemu kembali ust Bukhari  sahabatnya semasa di Mesir setelah masing-masing menabur bakti di perantauan.


 jemaah yang hadir memenuhi ruang madrasah
Subhanallah...mungkin itulah hikmahnya forum sempena memperingati Hijrah al- Rasul yang mempertemukan Abu Huzaifah ,Ust Bukhari dan Ust Noriman. Hamba selaku moderator merasa puas setelah melihat para jamaah tidak jemu mendengar setiap butir bicara ahli panel. Malam tersebut para jamaah memenuhi madrasah Allahyarham Pak Nuh(nama pengasas) sehingga ke kawasan luar.Mungkin juga menjadi sejarah tersendiri...kali pertama madrasah ini menganjurkan forum.(biasanya pengisian dalam bentuk ceramah atau kuliah Maghrib)

Syabas dan tahniah kepada warga kerja Gabungan Mahasiswa Mulong(GMM) dan AJK Madrasah yang bertindak sebagai penganjur forum yang penuh bermanfaat. Usai forum, ust Bukhari memohon izin mengundur diri tanpa sempat menikmati hidangan kerana urusan lain. Terima kasih kepada kedua-dua panelis...syukur Alhamdulillah segala tentatif berjalan lancar...rindu hamba kepada sahabat seperjuangan terubat biarpun hanya berbicara dalam ’forum wacana ilmu’ di awal tahun baru...semoga Allah mengira tutur bicara dan kehadiran kita sebagai amal soleh. Walhamdulillah rabb al-’Alamin

0 comments: