KOTA BHARU, 9 Nov: Kelantan sekali lagi mencetus idea baharu apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program 'Kahwin Perdana' 2010, pada 25 Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia dan beliawanis yang kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.
”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.
Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan.Oleh itu beliau berharap program 'Kahwin Perdana' akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.
Mereka yang berminat boleh menghubungi pihak Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di talian 09 7476568 atau 013-9846913 atau 013 – 6946911 dan tarikh tutup 15 November ini.
2 comments:
tahniah buat krjaaan kelantan..moga program ini dpt menyelesaikan masalah sosial yang semakin membarah.
(islam tidak zalim pada sesiapa tetapi manusialah yang zalim pada dirinya sendiri apabila tidak mahu ikut islam)..
Alhamdulillah.Semoga lahirnya kerajaan yang prihatin dan dapat melaksanakan amanah sebagaimana zaman Umar ibn Abd Aziz.
Post a Comment