Gambar diatas diambil dari petikan akhbar beberapa bulan yang lepas ketika baginda mengimamkna solat hajat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah dengan izinNya, Tuanku Muhammad Faris Petra Pemangku Raja Kelantan dimasyhurkan sebagai al-Sultan Kelantan yang ke 29 dalam sejarah kesultanan Kelantan.Abu Huzaifah dan ahli keluarga mengucapkan tahniah dan junjung kasih diatas pengistiharan tersebut.Semoga dibawah naungan tuanku seluruh rakyat berada dalam limpahan rahmat dan keberkatan dari Allah swt.
Sekadar mengingatkan sahabat ziarah,beberapa bulan yang lalu, tuanku al-Sultan telah mengimamkan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad ke IV.Mungkin ramai rakyat Kelantan menunggu untuk berimamkan tuanku dan mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh seorang sultan pada era millenium ini.Andainya impian hamba dan rakyat Kelantan ini berlaku..negeri Serambi Makkah ini berjaya membuat kelainan.Jika kita menoleh pada zaman khulafa' al-Rasyidin,zaman Umawi dan zaman Abbasi para khalifah sering menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat berjamaah di masjid-masjid.Semoga Tuanku mendapat pimpinan dan taufiq Allah dalam meneruskan pemerintahan.
0 comments:
Post a Comment