Hari terakhir Abu Huzaifah di Miri...bersama sahabat-sahabat di LT Miri sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.
Sambutan Hari Guru di SMKAM 2007.Terima kasih kepada seluruh pendidik ,kalian banyak membantu hamba memudahkan urusan2 di SMKAM
bersama anak-anak didik dalam BADAR sesi 2004..semoga kalian menjadi sebahagian dari mata rantai perjuangan menegakkan deenul Islam.
Alhamdulillah,selautan pujian kepada Allah yang menjadikan siang dan malam.Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan insan paling berjasa dan hambaNya yang paling mulia,seterusnya ahli keluarga baginda dan para sahabat R.A.
Masa begitu pantas berlalu meninggalkan pelbagai peristiwa yang akan menjadi memori dan catatan kehidupan setiap insan.Sudah tentu setiap insan yang sedar akan memastikan detik-detik kehidupannya terisi dengan perkara yang berfaedah yang memberi keuntungan dan saham untuk dibawa pulang ke akhirat mengadap Ilahi.
Kali ini ,Abu Huzaifah tidak berkesempatan untuk berbicara panjang.Masa amat berharga untuk berkomunikasi di alam maya sekalipun.Maka pada kali ini,hamba ingin mengucapkan Selamat Bertugas & Berkhidmat kepada sahabat-sahabat di Miri,Bintulu dan dimana jua berada.Semoga terus bersemangat untuk menabur budi dan memahat jasa dalam perkhidamatan kalian.
bersama ust.Ismail,Ust Badrul,Ust Lutfi,Cikgu Hasanuddin dan Ust Shahi pada hari guru 2007
bersama sahabat2 AMAL Miri dalam Mukhayyam Tarbawi.Ukhuwah yang terjalin perlu dipanjangkan hingga membawa ke syurgaNya.
Bagi melepaskan rindu kepada sahabat-sahabat seperjuangan di Miri,setelah Abu Huzaifah meninggalkan Miri lebih kurang 25 bulan yang lalu,hamba paparkan memori dan nostalgia ketika bersama .Sesungguhnya ukhuwah yang terbina adalah suatu nikmat yang cukup berharga untuk dikenang dan dinilai oleh hamba sekeluarga sepanjang kehidupan.
ust Bukhari dan Ust Lutpi ,sahabat yang menjadi teman untuk Abu Huzaifah melontarkan idea-idea program tarbiyah pelajar khususnya dalam BADAR
bersama mantan pengetua;Usth.Zabidah dan suami beliau sewaktu ziarah kami di Kuala Pilah
Kepada anak-anak didik Abu Huzaifah,semoga kalian bangkit menjadi pendakwah Islam.Ayuh curahkan segala keringat ,ilmu dan pengalaman untuk agama Allah.Semoga nur Islam di bumi Kenyalang akan menerangi setiap pelosok bahagian.Moga segala tarbiyah dan wasiat yang guru-guru kamu hidangkan selama bermastautin di laman SMKAM tersemat kukuh dalam minda kalian dan mampu diaplikasi pada masa akan datang.Ayuh !Bangkitlah "sekiranya kamu membantu agama Allah,Allah akan membantu kamu".Wallahu waliyyu al-Taufiq.
0 comments:
Post a Comment