Asmaa'(paling kiri)dan Huzaifah bersama anak-anak ust Zamri Rajab
ketika menziarahi kelurga beliau.
Assalamu 'alaikum warahmatullah
Kepada sahabat2 ziarah yang mempunyai anak-anak berumur dari 7-17 tahun yang tinggal dalam jajahan Kota Bharu ,anda boleh manfaatkan masa cuti anak-anak anda dengan menghantar mereka ke Kem Celik & Hafaz al-Quran di KIAS Nilam Puri.Program tersebut anjuran Pusat Kursus Pengajian Ilmu-ilmu Islam ,Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) .Kursus telahpun bermula pada 6 -24 Dis 2009.(kepada yang baru mendapat maklumat ini..rasanya belum terlewat) Kursus diadakan setiap hari bermula 8.30-4.30 petang..makan tengahhari disediakan oleh pihak penganjur.
Alhamdulillah,Abu Huzaifah sendiri telah menghantar anakanda Aisyah al-Humaira' disana.Antara penekanan dalam kursus tersebut ialah memahami kaedah tajwid dan hafazan beberapa surah.Peserta kursus dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut kemampuan (tahap )pelajar.Abu Huzaifah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak KIAS di atas usaha murni ini.
Abu Huzaifah juga mengambil peluang pada cuti sekolah kali ini dengan menghantar anakanda Asmaa dan Huzaifah ke program Halaqah Ilmu yang dianjurkan pihak AJK surau Pasar Mulong.Alhamdulillah, hamba rasa teruja dengan usaha pelbagai golongan dalam komuniti Nilam Puri dan Kedai Mulong yang mengambil inisiatif mengadakan program kepada anak-anak remaja agar tidak terjebak dengan gejala sosial yang cukup membimbangkan para ibubapa.Sekalumg tahniah dan penghargaan kepada pihak penganjur dan jazakumullahu khairan khatira atas usaha bakti kalian.
2 comments:
salam.. hehe tak sangka ada anak2 ana tersesat di sini.. apa2 pun, syukran atas kesudian anta sekeluarga berkunjung ke teratak ana yg tak seberapa itu.. semoga silaturrahim berkekalan.. insyaAllah.. mai ziarah rmh sewa ana di sarikei pula
wassalam
Ziarah menziarahi untuk mengeratkan silaturahmi .Moga ukhuwah kita berpanjangan ..sama-sama doakan kebaikan untuk semua.Insya Allah tahun 2010 ana pulak masuk rumah baru di Kok Lanas
Post a Comment