kecemerlangan sahsiah dan akhlak penting dalam membentuk masa depan anak -anak
Alhamdulillah, semalam 14 November hamba menghadiri Majlis Konvokesyen /Ihtifal Pasti peringkat kawasan.Huzaifah anakanda hamba ,hadir untuk menerima sijil dan hadiah.Pada tahun ini beliau tamat pendidikan Pasti setelah berusia enam tahun.Alhamdulillah ,Huzaifah mendapat tempat pertama di peringkat Pasti Imtiyaz dalam kalangan murid enam tahun,dan terbaik dalam beberapa mata pelajaran.
Kali ini hamba ingin berkongsi pandangan tentang pendidikan di Pasti.Memang menjadi keutamaan di Pasti mengutamakan akademik ,sahsiah dan asas-asas ilmu agama.Kalau dalam catatan lepas ,hamba kemukakan cerita tentang anak-anak Pasti yang belajar dan transit (pada sesi petang ) sampai ke petang dilatih dan dibimbing untuk solat Zohor dan Asar menjadikan mereka tahu dan peka terhadap solat lima waktu.
Huzaifah bersama Ahmad Tantawi(warga Mesir yang berasal dari Tanta)
Satu kelebihan lagi kepada anak-anak di Pasti ialah mata pelajaran Bahasa Arab diajar selain dari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Perkara ini bukan baru, bahkan Pasti telah mempelopori pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sejak 25 tahun yang lalu.Bayangkan tuan-tuan, anak-anak kita seusia 4,5 dan 6 tahun sudah mempelajari bahasa al-Quran seawal kanak-kanak.Bagi hamba sendiri,bahkan para sahabat ziarah yang memasuki sekolah menengah agama atau SMKApun mula belajar bahasa Arab pada usia 13 tahun.Bagaimana pula bagi yang tak pernah sekolah agama?
Alangkah bertuahnya anak-anak kita hari ini dan sejuta tahniah dan terima kasih kepada guru-guru Pasti yang mengajar anak-anak kita tanpa mengharapkan imbuhan yang lumayan kecuali nilai keikhlasan yang menunggu upah lumayan di akhirat kelak.
Dalam kesempatan ini ,saya mengajak kita berfikir terutama kepada orang -orang dewasa yang belum berminat atau tidak berusaha belajar bahasa al-Quran( Bahasa Arab ) yang menjadi sumber rujukan orang Islam.Adakah kita berpuas hati jika kita mati dalam keadaan jahil bahasa Al-Quran ?.. sedangkan bahasa Arab yang menjadi bahasa rasmi kita ketika berkomunikasi dengan Allah Taala dalam menunaikan solat , berdoa, berzikir ,bertalbiah dan sebagainya.
Pada hari ini, boleh dikatakan setiap taman ,kampung atau kawasan perumahan ramai ustaz-ustazah atau lepasan sekolah agama yang boleh mengajar bahasa Arab.Kursus-kursus bahasa Arab wujud di bandar-bandar ,namun berapa ramai yang mengambil peluang mempelajari bahasa Arab? Oh! mungkin mereka kata sibuk dengan kerja..yuran belajar yang dikenakan mahal dan berbagai alasan mungkin.Peliknya dalam masa yang sama boleh pula mengadap tv atau bersembang kosong .Bagi yang kata yuran mahal pula tak sedar , bahawa boleh pula mereka membeli rokok berkotak-kotak dalam sebulan ...tidak pula rasa bakar wang!
Akhir bicara ,maka sayugialah kepada para bapa dan ibu yang masih mempunyai anak-anak kecil memberi atau menyediakan asas pendidikan agama yang mantap bermula dari awal ."Tepuk dada ,tanya IMAN".Sekian.,wassalamu'alaikum.
0 comments:
Post a Comment