Sani Sudin dan Sabri Yunus ceria bersama penonton selepas berjaya
mempersembahkan teater MKDT di Dataran Senawang
Alhamdulillah , hajat hamba yang sudah lama hendak menonton teater yang halal (MKDT) akhirnya tercapai pada malam tadi .Hamba sebenarnya berminat dengan seni teater dari dahulu lagi ,namun apa boleh buat payah untuk kita menonton persembahan /hiburan yang halal pada zaman millenium ini .
Kalau tidak silap hamba inilah kali pertama sdr Dinsman dan teman-temannya mempertontonkan teater tersebut di N.Sembilan .Hamba sendiri pernah menghantar mesej (sms) kepada beliau agar mengadakan persembahan di Seremban.Jawapan beliau kepada saya ..cuba dapatkan penganjur...hambapun terhenti setakat itu sehinggalah beberapa minggu yang lalu mendapat khabar dari PASTI negeri dan beberapa ngo akan menganjurkan Expo di ambang Ramadhan antara 14-16 Ogos 2009.
Tahniah kepada pihak Yayasan Amal , PASTI N.9 , NISA" Jim dan badan-badan lain yang menganjurkan program Expo di ambang Ramadhan di Dataran Senawang selama 3 hari berturut-turut . Semoga segala kudrat yang dicurahkan kalian diberi ganjaran oleh Allah SWT.
Maka malam tadi hamba tidak melepaskan peluang keemasan menonton teater MKDT.Bersama ku dua sahabat lagi..harapanku agar mereka pun tidak melepaskan peluang yang baik kali ini kerana inilah kali pertama MKDT dipentaskan di Negeri Sembilan .
Dalam perjalanan hamba dari rumah ke Dataran Senawang ,aku bercerita kepada dua sahabatku tentang keistimewaan MDKT yang lain dari yang lain hasil dari catatan 'wacana budaya ' Dinsman dalam sebuah akhbar alternatif.Sebenarnya hamba adalah seorang peminat tulisan beliau yang kritis sejak beberapa tahun lepas.
Bagi sesiapa yang menghayati teater MKDT dengan penuh penghayatan ,mungkin menitiskan air mata melihat bagaimana sahabat bernama Ka'ab bin Malik r.a menyesali atas perbuatannya yang sengaja melengah-lengahkan keberangkatannya ke medan Tabuk dan akhirnya beliau tertinggal sedang lelaki-lelaki Islam yang lain ke medan juang.
Hamba tidak melepaskan peluang berada di saf depan..memerhati dengan penuk khusuk setiap butir yang diucapkan oleh Sabri sebagai watak Ka'ab.Pada hamba dalam tempoh 40 minit persembahan itu cukup mengujakan..kalau boleh lebih dari sejampun tidak mengapa asalkan tidak menokok tambah apa yang sepatutnya berdasarkan hadis.
Berdasarkan pengalaman hamba ketika membaca dan menerangkan sesuatu hadis( dalam kuliah Maghrib dll) ,tidak semua jemaah memberi tumpuan .Ada pendengar yang bersandar ke dinding..ada yang banyak pejam dari celik (biasanya tazkirah Subuh )..tapi melalui teater MDKT ramai yang boleh mencelikkan mata hingga ke akhir program.
Hamba bukan ingin menidakkan medium ceramah , tazkirah, kuliah dan sebagainya dalam menyampaikan ilmu-ilmu Islam namun apa salahnya jika teater dimanfaatkan untuk dakwah.Tidak salah bukan???
Nah ! Tidak pelik kalau sekali sekala ruang masjid digunakan untuk teater yang halal.Mudahan-mudahan anak-anak muda remaja boleh mendekati masjid.Pada hamba sudah sampai masanya ajk masjid seluruh negara memikirkan kaedah untuk menarik orang ke masjid..mungkin teater halal seperti MDKT salah satu darinya .Kita perlu berbuat sesuatu agar masjid/surau bukan sahaja di hadiri oleh warga pencen atau sudah putih rambutnya.
Apapun sedikit yang terkilan ..tidak ramai penonton yang hadir pada malam tadi ..angkanya mungkin sekitar 200 orang .Nampaknya orang ISLAM masih suka menonton filem atau drama yang tiada bermanfaat, dihadapan tv di rumah yang hanya sekadar berhibur..walaupun filem/drama yang ditonton lebih separuh mendedahkan kepada hal-hal yang layak dibakul sampahkan.Ternyata drama / filem yang terdapat di kaca televisyen kita lebih banyak unsur haram dari halal.
Adakah pandangan hamba melampau kalau setiap drama , cerekarama kita asyik mendedahkan buntut, dada dengan pakaian menggairahkan hatta dalam iklan tv..Adakah itu cara negara kita membina modal insan kelas pertama? Tepuk dada tanya IMAN!
Akhirnya hamba mengharapkan sdr .Dinsman , Sabri Yunus akan terus berkarya tanpa mengharapkan glamour dan habuan seperti artis-artis hari ini.Penulis juga berharap akan lahir suatu hari nanti pengarah-pengarah filem/drama yang mampu melahirkan filem HALAL yang layak ditonton setiap muslim dan muslimah tanpa membuat dosa mata. Apakah Erma Fatima , Yusof Haslam atau Nasir Jani sedar akan keperluan ini selain insan bernama Dinsman .
0 comments:
Post a Comment