Bismillah, wassolatu wassalam 'ala rosulillah
Alhamdulillah, dengan izin dan kudrat Allah swt pada dinihari Khamis , 15 Syaaban 1430H bersamaan 6 Ogos 2009 , isteriku melahirkan zuriat kami yang ke-5 pada detik 6.08 minit pagi (sama dgn tarikh lahir ) di Hospital Tuanku Ampuan Najihah , Kuala Pilah NSDK.
Sebelum daripada itu, ana menerima panggilan telefon dari Ummu Huzaifah lewat 3.35 pagi.Selepas menunaikan solat sunat 4 rakaat ,ana bergegas ke hospital... 'Aisyah dan Asmaa' kukejutkan terlebih dahulu dengan mengingatkan bahawa hari ini tak perlu ke sekolah kerana abi nak ke hospital tengok ummi nak bersalin. Tinggallah empat beradik di rumah ..kalau ikutkan hati memang tak patut ana berbuat demikian , tetapi dah terdesak.Nak hantar ke rumah jiranpun masa tu rasanya tidak sesuai.Maka tawakkallah kepadaNya...mudah-mudahan sepanjang peninggalanku ke hospital tiada apa-apa yang berlaku.
Bila sampai ke hospital HTAN , ummu Huzaifah sudah dimasukkan ke Dewan Bersalin .Rasa bersalah pula kerana ana lewat sampai beberapa minit ...tak sempat untuk memberikan kata-kata semangat sebelum zaujahku berdepan dengan situasi yang orang lelaki (suami) tidak pernah alami, walaupun memiliki anak sedozen sekalipun.Saat yang getir bagi seorang wanita bergelar isteri dan ibu.
Masuk sahaja waktu Subuh , ana dan seorang kawan ( baru kenal semasa di ruang menunggu di Dewan Bersalin) ke Musolla menunaikan kewajipan sebagai seorang HAMBA. Seusai sahaja berdoa kukembali ke hadapan Dewan Bersalin ...hampir dua jam menunggu , jururawat di DB tidak juga memanggil namaku untuk masuk ke tempat "operasi" mereka mungkin kerana pesakit terlalu ramai , maka tidak sesuai untuk sisuami masuk menyaksikan detik-detik cemas seorang isteri. (husnuzdhan untuk menjaga kehormatan aurat wanita lain kerana tempatnya yang terdedah )
Ketika ku berborak- borak bersama kawan-kawan yang lain, alhamdulillah Ummu Huzaifah muncul dari DB bersama jururawat dan bayi (jam sudah hampir pukul 8.00 pagi) ...SYUKUR Ya Allah cahayamata kami yang kelima yang ditunggu-tunggu lahir ke alam dunia ..puteri , beratnya 3.05 kg. ..nampaknya yang ini paling besar . Anak-anak kami yang lain , semasa lahir bawah 3 kilogram . ALHAMDULILLAH , SEGALA PUJI BAGIMU YA RABBI..SESUNGGUHNYA TERLALU BANYAK NI'MATMU YANG ENGKAU KURNIA ..walaupun kadang-kadang aku sebagai HAMBAMU leka dan lalai dari mengingatiMu.Alhamdulillah 'ala kulli haal...
Buat keluarga di Kelantan & Terengganu , sahabat-sahabat dan anak didikku dimana jua berada , Jazakumullah khairan khatira di atas doa dan munajat semua .Ila lliqa' ...
2 comments:
Alhamdulillah
Tahniah. Mudah mudahan akan besar menjadi pejuang seperti ayahnya.
Jazakumullahu khaira.Cabaran mentarbiyah anak-anak zaman ini terlalu mencabar.IMAN dan TAQWA benteng yang terbaik.
Post a Comment